fbpx

Suami Lupa Basuh Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar

Meskipun baru sebulan mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelakon Imran Aqil yang juga pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal berkata dia pernah tidur luar bilik kerana merajuk dengan suami.

Memetik Harian Metro, Dahlia berkata dia mahu menunjukkan protes selepas suaminya tidak mengemas dapur selepas dia masak hidangan kegemarannya.

BACA: Imran Aqil Dedah Amal Doa Nabi Musa Pikat Hati Tunang

“Kesalahan yang dilakukan Imran kecil saja iaitu dia tidak mengemas dan membasuh pinggan selepas saya menyediakan ayam masak kicap kegemarannya.

Jadi saya pun ambil keputusan tidur luar bilik dan baring di atas sofa ruang tamu. Saya ingatkan dia tidak akan pujuk, tapi dia datang dan dukung saya.

“Saya saja gaduh-gaduh manja dengannya sebab saya nak ajar dia supaya tidak mengulangi perkara itu pada masa akan datang.

“Saya tak nak dia terbiasa dengan keadaan itu, tapi dia beritahu bukan tidak mahu mengemas sebaliknya terlupa,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai perancangan menimang cahaya mata, Dahlia berkata dia belum bersedia untuk untuk mempunyai zuriat dalam waktu terdekat.

“Sebelum bernikah keluarga saya sudah ajak berbincang mengenai perancangan untuk mendapatkan zuriat kerana mereka nak saya ada anak segera. Tapi saya beritahu belum bersedia lagi kerana ada keinginan yang saya nak capai dulu,” katanya.

Tambah Dahlia lagi, dia masih mahu meluangkan masa berdua dengan suami terlebih dahulu sebelum menimang cahaya mata. Tambahnya lagi, dia juga belum bersedia lagi dari segi mental dan fizikal.

“Kalau nak tahu saya susah nak luang waktu dengan Imran sekarang ini kerana saya pulang ke rumah pun jam lapan malam hampir setiap hari.

“Kalau nak ada anak sekarang ini, mental dan fizikal saya belum bersedia sepenuhnya. Lagipun saya nak luang waktu dengan suami terlebih dulu dalam tempoh setahun dua ini dan selepas itu ambil cuti kerja untuk fokus mendapatkan zuriat,” katanya.