Suami kepada pelakon cantik manis, Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari hari ini mengatakan bahawa isterinya masih lagi belum hamil seperti yang hangat diperkatakan peminatnya dan juga di dalam forum CARI baru-baru ini.

BACA: Yana Samsudin: Pakai Tudung Bukan Bukti Sempurna


Baru-baru ini di dalam program televisyen Galaksi, Ajak selaku pengacara rancangan tersebut telah mengusik Yana yang memuji lesung pipit tetamu jemputan yang juga protege Ajai, Fahmi Esmail. Kata Ajak, suka sangat lesung pipit, nanti terkenan pada budak itu.

Ketika itu Yana hanya tersenyum sambil memegang perutnya sekaligus membuatkan peminat tertanya mengenai perkembangan terbaru mengenai artis kesayangan mereka itu.

Actually, Ajak just point macam tu saja. Sebetulnya, belum lagi,” jelas Fadzil kepada Rotikaya ketika dihubungi hari ini. Kami pasti ramai peminat di luar sana sentiasa mendoakan yang terbaik buat Yana dan suami. Apa pun, semoga segala apa yang diusahakan pasangan ini dipermudahkan. (rtky/s)