fbpx

Yana Samsudin: Pakai Tudung Bukan Bukti Sempurna

Gembira dengan perubahan bertudung yang dilakukannya kini, Yana Samsudin dalam masa yang sama turut mengakui bahawa suminya, Fadzil Zahari berpesan agar tidak memperbesarkan perubahannya itu kerana ia subjek yang sensitif.

BACA: Fadzil Zahari Bersyukur Yana Samsudin Kini Berhijab

“Sebenarnya saya tidak mahu bercerita panjang mengenai keputusan untuk behijab kepada umum.Suami sudah berpesan supaya perkara ini tidak perlu dibesarkan kerana ia subjek sensitif dan bagi saya perubahan yang berlaku merupakan satu benda semula jadi”

“Kalau pakai tudng tidak semestinya ia menunjukkan sesorang itu sempurna tetapi sebagai manusia kita mesti cuba untuk memperbaiki diri supaya pergi ke arah yang lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Yana yang sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijab memberitahu, kini dia lebih memilih sebelum menerima sesuatu tawaran watak untuk berlakon agar kena dengan imej kini. (rtky/s)