Perkongsian pelakon Intan Najuwa menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman membawa dua buah trak dipenuhi kuda ke sebuah pantai terletak di New Zealand.
Menerusi perkongsian di TikTok, Intan berkata dia terkejut dan teruja dengan percutian dirancang oleh suaminya itu.
BACA: Intan Najuwa Sindir Netizen Persoal Kenapa Suaminya Selalu Berpeluh
@intannajuwaaa My husband got us 2 trucks of horses just for ride & play polo by the beach. This is insane but amazing. I had a lot fun! ??
“Suami saya membawa dua buah trak kuda hanya untuk ditunggang dan bermain polo di pantai. Perkara itu adalah gila tetapi menakjubkan. Saya sangat seronok,” tulisnya.
Perkongsian Intan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja malah ada yang mengatakan Intan dilayan seperti puteri raja oleh suaminya.
Malah, ada yang cemburu dengan kehidupan mewah Intan serta ada yang mengakui bahawa wang boleh beli kebahagiaan.