Suami Farah Nabilah Didakwa Cederakan Pramugari?
Baru saja mendirikan rumah tangga pada 20 Disember lalu, ada cerita tak sedap didengar mengenai suami pelakon Farah Nabilah iaitu Mohammed Amirul Yunus yang merupakan seorang juruterbang.
Tular mengenai dakwaan mengatakan suami Farah Nabila mencederakan seorang pramugari dan tidak membuat endah terhadap insiden yang berlaku. Perkara itu diluahkan oleh seorang pramugari dikenali sebagai Bie Ismail yang terkilan dengan sikap suami pelakon itu.
BACA: Farah Nabilah Sah Bergelar Isteri Juruterbang
Menurut wanita itu, suami Farah Nabilah hanya berdiam diri tanpa bertanya khabar selepas secara secara tidak sengaja menutup pintu van yang dinaiki mereka ketika berada di Kuantan untuk menaiki penerbangan seterusnya pada 13 November lalu.
Ujarnya lagi, ekoran kemalangan itu dia tidak dapat bertugas selama lebih dua bulan disebabkan urat jarinya koyak dan kuku rosak.
Dalam pada itu, wanita itu menjelaskan dia tiada niat langsung untuk mencari perhatian atau meraih simpati. Ujarnya lagi, dia tidak tahu Amirul adalah suami kepada Farah.
“Sejujurnya, saya memang tak ada niat langsung nak cari perhatian atau nak raih simpati mana-man pihak sebab saya sudah berkongsi perkara itu sejak bulan lalu lagi.
“Tapi tak sangka tiba-tiba sekarang boleh jadi tular pula. Sebab ketika kejadian itu berlaku, saya tak tahu pun Amirul berkahwin dengan seorang selebriti.
“Saya hanya meluahkan perasaan sahaja di IG sebab terkilan dengan dia yang tak ada bertanya khabar mengenai keadaan saya selepas kejadian itu,” katanya kepada mStar Online.
Wanita itu turut menafikan dakwaan mengatakan dia ingin mengambil kesempatan terhadap Amirul, malah tidak meminta untuk bertanggungjawab namun berharap suami kepada Farah itu memikirkan mengenai apa yang terjadi kepada dirinya.
- SUMBER
- mStar Online
Erm… macam nak cari publisiti je ni. Cik kak, itu namanya ACCIDENT. Kan sebagai stewardess ada insurance. Claim je la. After all, memang time nak pergi kerja pun kan. And also, kalau dapat MC, gaji jalan kot. Tak kan gaji stop juga. Unless kalau ambil cuti tanpa gaji. Socso pun ada. Claim la cik kak. Tu semua dpt pampasan kalau cedera.
wajib tanya khabar ? Is he your friend?
Tahu tak , flying ni gaji ikut hours kita fly . Dah dia mc , makna nya dia tak ada hours flying , tak ada hours flying means tak ada duit lah .
basic still ada ..
Ya betul tu mayaaaa….aku bekas pramugara..aku tau betapa struggle jadi pramugara dan pramugari skrg..gaji ikut hours..basic tak besar..okay lah..kerja pn mudah jer..best plak tu..boleh fly..cuma lama2 bosan..mcm aku 4 tahun jer..lepas tu bosan..skrg aku jadi gigolo utk datuk2 gay..badan aku pon dan berisi buff..ramai gay suka.dari dulu terpaksa kurus sbb kerjaya di awan biru.
Basic ciput takat 1200 mcmna nk survive..sian dia, amirul atleast tanya khabar, dhla bg org xde gaji
Ada unsur unsur nak cari publicity n umsur umsur busuk hati ….
Lagi kelakar bila kata x tahu tu suami farah. Kah kah. Weyy. Dia tunjuk amirul tu masa kahwin ke? Bukan sebelum kahwin dia dah tunjuk? Dan-2 la x tahu.
Suami artis ke, bapa artis , nenek artis ke itu aku x kisah.. pd aku yg penting yg salah tetap salah..walau camne kau orang spin cerita ni..suami die tetap salah la wei…x payah la nak bela bela artis sgt la wei..artis artis ni bagi korang makan ke yg korang nak bela diaorg gila gila ek ker korang bela diaorg korang dpt pahala lebih ek hahaha