fbpx

Suami, Enam Anak Rebecca Nur Islam Positif Covid-19

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi berita duka apabila suami dan enam anaknya disahkan positif Covid-19.

Menurut Rebecca lagi, tiga pembantu rumahnya turut positif virus berkenaan. Bagaimanapun, Rabecca meluahkan rasa syukur dia dan dua lagi anaknya Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif.

BACA: Eina Azman Dakwa Uqasha Senrose Goda Suami Rabecca Nur Islam?

Rabeeca berkata suaminya Datuk Norazam Sulaiman dan enam anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, 13, Nor Anggun Raverra, 9, Nor Aliff Al Raffael, 5, Nor Ahmet Al Reaggan, 2, dan Nor Aurora Riana, 2 serta tiga pembantu rumahnya iaitu Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah positif virus itu.

Dalam pada itu, Rabecca turut meminta orang ramai mendoakan untuk mereka sekeluarga serta memohon maaf serta meminta individu yang ada kontak rapat dengan mereka sekeluarga untuk melakukan ujian.

“Tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang agak serius berbanding yang lain. Minta maaf jika ada kontak rapat yang terdekat dalam tempoh tujuh hari ini. Saya harap anda cepat-cepat buat ujian saringan,” katanya.