Suami Dr Fie Tempah Satu Restoran Mewah Sambut Hari Jadi

Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah mendedahkan suaminya, Kapten Amrul Nizar pernah membuat kejutan menempah seluruh restoran mewah Marini’s On 57 untuk menyambut ulang tahun kelahirannya.

Menerusi sesi siaran langsung di Tiktok, Dr Fie berkata dia pernah memberitahu suaminya untuk menyambut hari jadi di tempat yang tidak ramai orang dan mahukan privasi.

BACA: “Tak Pernah Merungut, Apatah Lagi Nak Bertekak” – Dr Fie Syukur Dapat Suami Sporting

Bagaimanapun, Dr Fie berkata dia tidak menyangka suaminya membuat kejutan di restoran yang tiada orang dan hanya ada tiga individu sahaja.

“Saya kata tak lama lagi hari jadi saya. Saya cakap dengan dia, saya tak boleh sambut kat tempat yang ada ramai orang. Nak privasi. Saya nak tengok dia sambut macam mana.

“Betul-betul dia buat. Dia bawa saya kat tempat yang tiada orang. Memang kosong. Kami macam krik krik sebab ada tiga orang sahaja. Dah lah bulan puasa,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie mengakui pada awalnya janggal kerana ketika itu dia tidak begitu mengenali suaminya.

“Dulu, saya macam awkward sedikit dengan dia sebab saya tak kenal dia sangat. Dengan tak ramai orangnya kat situ, mestilah pelik. Takut nanti dia jual saya pula,”katanya.

×