Perkongsian penyanyi Datuk Nora Ariffin mengejutkan ramai apabila diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Menerusi video dimuat naik di Instagram sebentar tadi, lafaz cerai dibuat oleh Rushdi menerusi satu rakaman video.
BACA: Nora Ariffin Mengaku Rohnya Sudah Tiada
View this post on Instagram
“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.
Terdahulu, timbul spekulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu suaminya goyah namun Nora menyangkalnya. Sebaliknya, Nora berkata dia masih isteri Rushdi dan hubungan mereka dalam keadaan baik.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021. Nora memaklumkan dia bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.