fbpx

“Suami Diganggu Wanita Lain, Itu Dakwaan Palsu”

Ketika semuanya kelihatan tenang, tiba-tiba datang khabar angin bertiup kencang mendakwa suami Liyana Jasmay diganggu rakan artis wanita yang lain. Mengakui terkejut, Liyana menafikan perkara tersebut.

BACA: Orang Sabah Tidak Puas Hati Dengan Liyana Jasmay?

“Saya tak tahu nak komen macam mana. Sejujurnya, saya terkejut macam mana cerita ini boleh timbul. Apa boleh saya katakan, ia dakwaan palsu. Kalau nak tahu, saya dan suami akan keluar bersama beberapa rakan seperti Lisa Surihani, Intan Ladiyana dan Fazura”

“Mustahil mereka berkelakuan sedemikian. Lagipun, suami sentiasa ada bersama saya. Saya rasa cukup setakat ini berkongsi kisah peribadi. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang boleh menimbulkan persepsi negatif”

“Kalau membabitkan anak saya okey lagi,” katanya yang dipetik daripada kepada Harian Metro. Sebelum ini, Liyana pernah menimbulkan rasa kurang senang.

Dalam kenyataannya, Liyana seolah-olah memandang rendah masyarakat di negeri itu yang dikatakan sanggup menyerbu suaminya semata-mata mahu bergambar meskipun tanpa kehadirannya. Setelah meminta maaf selain memberitahu perkara sebenar, Liyana menjelaskan apa yang terjadi akan dijadikan pengajaran. (rtky/s)