Pelakon dan pelawak, Jiggy Masin berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang menyunting gambar isterinya, Dhabitah Sabri yang juga atlet terjun negara menjadi tidak senonoh.
Menerusi perkongsian di Inta Story, Jiggy meluahkan rasa kesal terhadap tindakan individu tidak bertanggungjawab itu serta memaklumkan surat kaman telah pun dikeluarkan kepada individu berkenaan.
BACA: “Sebelum Kahwin Dhabitah Dah Berbincang Tentang Pakaian Sukan Terjun” – Jiggy
“Berdasarkan kenyataan pengawai penyiasat dan peguam, surat saman sudah dikeluarkan kepada individu terbabit. Saya tetap akan teruskan tindakan ini (saman) kerana apa yang dia lakukan sangat keterlaluan.
“Sanggup menyunting dan memuatnaik gambar tidak senonoh isteri saya, sedangkan Nur Dhabitah ketika itu berusaha dan berjuang untuk negara. Ada dua keping gambar sampai ke tangan saya sejak Nur Dhabitah layak mara ke separuh akhir,” katanya.
Menurut Jiggy lagi, dia boleh bersabar jika ada yang menulis komen kecaman namun apabila sanggup menyunting gambar ia sudah mengaibkan isterinya.
“Saya tidak mampu menghalang sudut pandang seseorang terhadap Nur Dhabitah, tapi apabila sanggup bertindak menyunting gambar isteri saya jadi tidak senonoh, ia bukan perkara yang boleh dipandang remeh lagi.
“Lebih buat saya sakit hati apabila fikirkan adab masing-masing yang dah tiada. Sebagai manusia, kalau nak pandang dari sudut sukan, okeylah. Tapi, tolong faham masih ada hadnya,” katanya.
SUMBER: Harian Metro