fbpx

“Suami Curang Berkali-Kali, Nasib Tak Baik Dapat HIV”

Nampaknya, nama Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan ramai apabila didakwa menjalin hubungan dengan seorang gadis berusia 17 tahun selepas gambar panas mereka dibongkarkan oleh seorang individu menerusi akaun Twitter.

Susulan isu tersebut, Instagram Bella Astillah dihujani dengan komen netizen yang menasihati agar untuk memikirkan semula keputusannya untuk terus menyelamatkan rumah tangganya.

BACA: Aliff Aziz Kantoi Curang Lagi, Jalin Hubungan Dengan Minah Rempit?

Kata netizen lagi, sudah tiba masanya tinggalkan Aliff dan memikirkan tentang kebahagiaannya sendiri serta anak. Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Bella yang sudah beberapa kali dicurangi.

Terdahulu, ramai netizen muak dengan tindakan Bella yang hanya meluahkan perasaan mengenai suaminya namun jika terjadi lagi isu yang sama Bella begitu mudah memaafkan Aliff.

Setakat ini Bella Astillah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kecurangan suaminya. Apa pun sama-sama kita nantikan.