Perkongsian penyanyi Datuk Nora Ariffin menjadi perhatian apabila mengakui rohnya sudah lama mati dan hanya mempunyai jasad serta amanah arwah suami iaitu Johan Nawawi.
Menerusi posting berkenaan, ibu kepada empat cahaya mata itu dilihat memuat naik gambar dirinya berserta kenyataan tersebut.
BACA: Doktor Sahkan Masih Boleh Hamil Tapi Nora Ariffin Mahu Fokus Amal Ibadah
“Roh saya memang sudah lama mati, yang ada hanya jasad dan amanah arwah Johan untuk menjaga anak-anaknya,” tulisnya.
Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta supaya penyanyi itu bersyukur apatah lagi sudah pun kembali mendirikan rumah tangga.
Malah, ada yang mengatakan tidak adil buat suami yang sekarang dan sebagai isteri perlu menjaga hati serta perasaan mereka.
Dalam pada itu, ada segelintir pengkutnya menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi itu agar terus kuat menghadapi dugaan dan dipermudahkan segalanya.
Terdahulu, Nora mengesahkan dirinya bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli pada Disember 2021.