Suami Buat Solat Sunat Sebelum Benarkan Noraniza Idris Sertai GV7
Diumumkan sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-7, ramai yang mempersoalkan keputusan penyanyi Noraniza Idris kerana didakwa tidak sesuai dengannya yang sudah bertaraf legenda.
Bagaimanapun, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani berkata dia mempunyai alasan tersendiri menyertai pertandingan tersebut dimana dia melihat peluang dapat menarik muzik Irama Malaysia kepada penonton.
BACA: Sekali Lafaz, Noraniza Idris Kini Sah Bergelar Isteri Jeffri Hudi
“Apa yang dilakukan demi masa depan muzik Irama Malaysia. Saya lebih melihat kepada peluang yang diperoleh selepas menyertai program ini. Saya, seorang penggemar muzik irama tradisional yang tegar.
“Sebelum ini, saya agak sukar membawa irama ini ke depan. Justeru, apabila orang melihat saya di pentas berkenaan, dapatlah juga menarik irama ini untuk bersama saya. Bukan mudah menyertai pertandingan kerana banyak tekanan, tetapi saya sedia kembali belajar.
“Saya tak pernah belajar vokal sepanjang lebih tiga dekad dalam bidang nyanyian. Untuk program GV7, pihak pengurusan menyediakan seorang guru untuk melatih saya. Jujurnya, saya tak yakin mahu menyertainya jika berseorangan,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Kak Ani berkata suaminya turut menetapkan syarat untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu pakaian tak boleh keterlaluan dan dilarang terkinja-kinja di atas pentas.
“Sebelum memberi kebenaran, suami buat solat sunat dan bertanyakan beberapa soalan kepada syarikat pengurusan, Mind Order yang menjadi wakil Astro untuk melamar saya menyertai program GV7.
“Selepas berpuas dengan jawapan yang diberikan, barulah suami beri keizinan. Itupun ada syarat yang perlu dipatuhi seperti jaga cara berpakaian dan tidak terlalu terkinja-kinja atas pentas. Maklum sahajalah, suami saya seorang bilal.
“Anak juga berpesan perkara yang sama. Segala pesanan akan saya ingat demi menjaga nama baik keluarga dan anggota keluarga lain. Tak mahu nanti ada sesiapa yang terasa hati,” ujarnya.
- SUMBER
- BH Online
Lagenda??? Biar betik.
Siapa yg iktiraf tu???
Aisyah selamba je masuk tak kecoh pun. Tu pun kena tipu dengan VidaGumuk offer LaVida Coins hahahaha.
Biar penari2 satu rombongan bas sekolah jer yg terkinja-kinja kan Kak Ani kan?
jgn la vida taja mmg aku akn katup tv sampai bersawang.
Lagenda Irama Msia siapa berani buat album walaupun x laku?
Ceehhh somi seorg bilal!!! Acik klau dia tau dozer… Dia tk akan benarkn…suara pn Aurat la acik oiiii
Knp gosip RK makin sendu ni? RK ni dah x der modal ker.. korang gi join www. cariforum . com . my …byk gosip kat seksyen ‘gosip tempatan’ lgi best masuk forum
Kat GV nanti bukan ke acik kena nyanyi mcm2 genre lagu ek?
tulah…mcm mn dia nk ketengahkan muzik irama malaysia nnt kalau saban mggu tema / genre lain2? hmm
Jagalh status suami bilal kau tu, jadilh seorg isteri yg taat, dh xyah lg terkinja2 atas pentas tu…apooo
Kalau suami & anak xbagi nyanyi,xyah la
Aku pun mcm xberkenan je dia ni msuk GV..
Dia dah ada 1 level & label..
Nyanyi utk event sykt koporat je la
Lagi byk masyuk
mmg dr dulu x kenan dia ni..berlagak.. tp lagu semmua sedap.. attitude je kurengggg…