Sudah lama tak dengar cerita mengenai penyanyi Tasha Manshahar. Baru-baru ini perkongsian Tasha menjadi perhatian ramai memuat naik video suaminya, Fahrur Raqib sedang mencuci pinggan mangkuk
Bagaimanapun, Tasha mengakui berasa serba salah melihat suaminya membantu menguruskan kerja rumah kerana dia yang sepatutnya melakukan tugas tersebut. Menerusi posting tersebut, Tasha turut meluahkan penghargaan buat suaminya.
BACA: Tasha Manshahar Perlekeh Nyanyian Fazura?
View this post on Instagram
“Cari-cari Raqib, sekali rupa-rupanya dia di dapur basuh pinggan mangkuk. Sayang terima kasih basuh pinggan, patutnya saya yang buat,” ujarnya dalam video tersebut.
Dalam video tersebut, Raqib yang sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk terus menoleh ke belakang memberitahu bahawa suami isteri sepatutnya sentiasa berbahagi tugas, barulah rumah tangga lebih bahagia.
“Ala tak ada la, tadi kan awak dah masak ni saya basuh pinggan kita bahagi-bahagi lah tu je sebenarnya. Takkan isteri nak buat semua, bila buat sama-sama tu orang kata lebih manis,” balas suaminya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan tersebut yang dilihat tidak berkira dalam melaksanakan kerja rumah dan perkongsian tersebut dapat dijadikan contoh kepada pasangan lain.
Tasha dan Fahrur Raqib Abdul Majid mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muammar Rafiqi kini berusia setahun.