fbpx

Steve Jobs Letak Jawatan

Wajah ikonik Steve Jobs tidak lagi akan menghiasi pelancaran produk terbaru Apple.

Peneraju & co-founder Apple itu di’khabarkan meletak jawatan sebagai CEO Apple hari ini.

Steve Jobs yang berjaya meneraju Apple untuk menjadi syarikat paling bernilai di dunia hari ini menghantar surat perletakan jawatan ke lembaga pengarah Apple tetapi tidak menyebut apa apa tentang masalah kesihatan beliau.

Steve Jobs telah mengambil cuti panjang sejak Januari 2001 atas masalah kesihatan namun sehingga semalam beliau masih kekal CEO.

Tim Cook yang sebelum ini banyak mengambil alih tugas pejabat Steve Jobs akan bertindak sebagai CEO Apple yang baru.

Sebagai seorang peminat tegar Steve Jobs, kami sebenarnya sedih untuk melihat idola kami ini pergi dan meninggalkan sekali lagi posisi CEO dalam syarikat paling prolifik dalam sejarah.

I will always remember Steve Jobs, stay hungry & stay foolish.