“Stay Away From My Brother Perempuan Murah” – Abang Muntazar

Hangat diperkatakan mengenai kenyataan pelakon Saidah Kamarudin berkenaan punca putus tunang dengan Muntazar Gufran disebabkan masalah kewangan serta mendedahkan aktor itu hanya mempunyai RM500 dalam akaun.

Perkara itu turut mendapat perhatian abang kepada aktor berkenaan yang juga pelakon Firdaus Gufran yang tampil mempertahankan adiknya serta bakal mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

BACA: “Dia Jadi Balaci, Driver Awak Hari-Hari, Mana Tak Habis Duit Dia?” – Bella Dowanna

Menerusi hantaran di Insta Story, Firdaus menyebut nama Saidah serta meminta pelakon itu menjauhkan diri daripada adiknya serta memanggil aktres berkenaan perempuan murah.

Terdahulu, Saidah berkata dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka disebabkan aktor berkenaan tiada duit dan belum bersedia untuk berkahwin.

×