fbpx

Status Popular Antara Sebab Juri Pilih ‘Jampi’

Diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL 32), tidak dinafikan lagu Jampi dendangan Hael Husaini memang agak popular dan disebabkan itu jugalah, Ketua Juri AJL, Azmeer memilih lagu tersebut sebagai juara pada tahun ini.

BACA: Jampi Juara AJL 32

“Tiada perbalahan dalam memilih pemenang dan semua juri juga setuju pilih lagu Jampi sebagai juara dan juga lagu-lagu lain. Lagu Jampi itu boleh pergi ke semua tempat. Bukan dari sudut permarkahan kualiti lagu tetapi Jampi sudah menakluti pelusuk negara termasuk negara jiran”

“Sedikit sebanyak markah dari segi populariti lagu tersebut juga memberi impak selain melodi dan susunan lagu yang cantik serta menyampaian yang bagus,” katanya kepada m Star Online mengenai pemilihan lagu Jampi.

Dalam masa yang sama, Hael mengakui beliau bukanlah penyanyi hebat dan tidak terbayang untuk bertanding dalam pentas besar seperti AJL namun beliau bersyukur dengan kemenangan yang dimiliki semalam.

Biasalah adat selepas pertandingan, ada sahaja cakap-cakap belakang mengatakan lagu Jampi menang hanya kerana popular dan bukan kerana kualitinya. Dengan penjelasan ini, harapnya semua berpuas hati dan menerima keputusan semalam dengan hati terbuka. (rtky/w)