fbpx

Status Helikopter MD 530G Tentera Darat Malaysia

MD 530G adalah sebuah Helikopter Tinjau Serangan Ringan buatan Amerika Syarikat yang berada dalam perancangan Tentera Darat Malaysia untuk digunakan oleh unit udaranya iaitu Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia atau PUTD di dalam pelaksanaan operasi keselamatan. Namun, ramai yang tertanya-tanya apakah status perolehan helikopter ini.

Pada tahun 2019, Mantan Menteri Pertahanan ketika itu, YB Mohamad Sabu, akui memang berlaku kelewatan dalam perolehan dan ia turut diulang Menteri Kanan Pertahanan semasa, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Namun, punca utamanya bukanlah di pihak Kementerian Pertahanan atau ATM sebaliknya kerana isu teknikal berkaitan Syarikat pembuat asal atau OEM. Syarikat tersebut juga tidak mematuhi perjanjian kontrak asal iaitu menghantar 6 buah helikopter mengikut masa ditetapkan.


Untuk perkembangan terkini, kesemua helikopter MD 530G PUTD ini telah siap dan telah ditempatkan di Arizona, Amerika Syarikat. Kesemua helikopter juga telah dicat dengan corak warna TDM. Bukan itu sahaja, anggota PUTD juga telah berada di Arizona dan mula menjalani latihan komprehensif juruterbang dan juruteknik dalam pengendalian MD 530G.

Secara kesimpulannya, proses perolehan MD 530G sedang berjalan dan dilaksanakan secara ‘berperingkat’. Ia bukannya terbengkalai seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.