fbpx

Stacy Selamat Bersalin Anak Lelaki

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy Anam yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Akim sebentar tadi, isterinya selamat melahirkan anak lelaki pada 10.19 pagi tadi.

BACA: Stacy Hamil Anak Kedua, Dah Empat Bulan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad)

Menerusi entri itu, Akim meluahkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan serta menzahirkan ucapan terima kasih buat isterinya yang melahirkan zuriat mereka.

Dalam entri tersebut, Akim turut memuat naik gambar anak keduaya namun tidak didedahkan wajahnya.

Perkongsian Akim itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eshaal yang kini berusia 5 tahun serta mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella Deluna berusia 10 tahun.