fbpx

Stacy Hamil Anak Kedua, Dah Empat Bulan

Penyanyi Stacy Anam berkongsikan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya kini sudah mencecah empat bulan.

Stacy memaklumkan perkhabaran gembira itu secara eksklusif di program Meletop semalam selepas ditanya oleh hos, Elly Mazlein mengenai kesahihan berita itu.

BACA: Tiada Bukti Tuduh Stacy Cemburu, Model Vietnam Mohon Maaf

“Kalau dah tidak boleh nak tutup, sudah pecah lubah itu iya lah. Alhamdulillah. Ya, betul. Saya hamil empat bulan. Tetapi tidak boleh bersembunyi dah. Besar sudah perut,” jawabnya.

Terdahulu, Stacy mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Eshaal Ariq Hakim.

Stacy juga turut mempunyai anak angkat perempuan bernama Bella De Luna yang kini berusia sembilan tahun.