fbpx

Tiada Bukti Tuduh Stacy Cemburu, Model Vietnam Mohon Maaf

Semalam hangat diperkatakan apabila seorang model Vietnam, dikenali sebagai Jade meluahkan rasa kecewa lakonannya dalam muzik video MV Rampas nyanyian Akim and The Majistret tidak dikeluarkan.

Model itu turut mendakwa aksinya terpaksa ditapis kerana isteri vokalis kumpulan berkenaan, Akim Ahmad iaitu Stacy cemburu menonton babak dalam MV berkenaan. Malah, turut mendedahkan bukti mesej mengenai perkara itu.

BACA: Akim Ahmad Bengang Model Vietnam Tuduh Stacy Cemburu

Bagaimanapun, model berkenaan gagal membuktikan dakwaan Stacy cemburu punca MV itu disunting apabila tiada bukti sahih mengatakan Stacy cemburu memandangkan mesej ditulis individu itu hanya mengatakan ‘isterinya tidak suka’.

Susulan salah faham itu, Jade memuat naik permohonan maaf kepada Akim dan Stacy di atas tindakannya itu di atas salah faham yang berlaku.

Kata Jade lagi, dia tiada niat untuk meraih perhatian dan status itu sebenarnya hanya untuk berlawak dan tidak sangka ianya menjadi serius.

“Saya tak mampu nak jelaskan bahawa status itu sepatutnya jadi sesuatu yang melucukan. Tak sangka anda akan cari siapa yang saya maksudkan.

“Maaf kepada penyanyi dan isterinya yang saya tak sebutkan nama kerana faham, saya diberitahu ia berlaku kerana dia cemburu,” katanya.