Stacy AF Tak Risau Tak Popular, Usaha Jadi Muslimah Terbaik
Walaupun tidak terjadi kepada semua barisan selebriti, selebriti wanita dilihat cenderung untuk memperlahankan kerjaya selepas berkahwin namun bagi Stacy AF yang bakal bernikah dengan Akim Ahmad Februari tahun hadapan, dia tidak gentar dengan perkara tersebut.
BACA: Akim dan Stacy Pilih Februari 2016 Untuk Kahwin
“Menyanyi bukan saja minat, tapi ia sudah jadi periuk nasi saya selama ini. Sekiranya selepas ini bidang nyanyian bukan lagi tempat saya, tak mengapa. Saya tetap percaya rezeki ada di mana-mana”
“Cuma apa boleh saya katakan sekarang, saya nak terus berjuang dalam industri muzik selagi mampu dan diterima peminat. Masih banyak lagi yang ingin saya ketengahkan,” jelasnya kepada Harian Metro.
Selain itu, Stacy menjelaskan bahawa kehidupan barunya sebagai seorang Islam sangat indah dan dia kini sentiasa belajar cara untuk memperbaiki diri agar menjadi muslimah terbaik. Apa pun, semoga majlis pernikahan dipermudahkan dan rumah tangga pasangan ini nanti akan dihujani bahagia. (rtky/s)
popular ke? lepas ni video clip jangan lah macam pelacur chow kit. ko tu dah la lemak berlipat. jangan perasan diri tu britney spears sgt.
semoga ummu tabah!!!
Org bodoh cakap pun bodoh…boikot Cina…guna otak kesian kat u….tak pernah tengok org sebodoh tu
dengi? :(((( sob sob
x risau x popular konon..x payah la ckp sgt indah.. ckp je masuk islam sebab nak kawen.. baru masuk islam dah buat dosa menipu.. huhuu
Tukang2 komen kt atas ni semua Islam ke? Komen mcm dh byk sgt pahala… cuba komen yg positif sket boleh tak???