fbpx

ST12 Lancar Album Kelima Lentera Hati

Album kelima kumpulan dari seberang, Indonesia berjudul “Lentera Hati” merupakan buah tangan terbaru sepanjang empat tahun bergelar anak seni.

10 lagu yang terkandung di dalam album ini kesemuanya dicipta oleh anggota ST12 sendiri, Pepep.

Menurut Pepep, album kedua ini lebih istimewa kerana menceritakan penat jerih kariernya bersama ST12 yang sebelum ini pernah mengalami masalah perpecahan.

Pada majlis yang sama Pepep turut sama memperkenalkan ahli baru termasuk vokalis, Ridho Tuah.

Dua ahli lain, Koko dan Indra masing-masing bermain gitar.

Dua ahli kumpulan asal ST12, Charly dan Pepeng mengumumkan pengunduran diri dari band itu sekitar tahun 2011.

Salah satu single dalam album itu yang sudah mula diterima di negara ini, Putih Putih Melati dikatakan mendapat inspirasi daripada lagu rakyat yang dulu popular dalam kalangan kanak-kanak.

“Saya inspirasikan lagu itu dari lagu rakyat, ia mengingatkan saja bahawa kita mempunyai lagu rakyat seperti itu,” katanya.

Lentera Hati sudah mula dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Universal Music dan Rumpun Records.