fbpx

8 Fungsi Honor 8X Yang Memenuhi Keperluan Fotografi Anda

Bagi yang gemar swafoto mahupun yang sering muat naik gambar OOTD, pastinya tercari-cari telefon pintar yang menepati syarat untuk menjadikan gambar lagi wow dan menarik bukan?

Rata-ratanya beranggapan telefon pintar seperti iPhone menghasilkan gambar yang super duper awesome apabila mempunyai kecanggihan yang tidak dapat dinafikan lagi.

Namun anda sebenarnya salah. Honor 8x juga mempunyai kecanggihan yang tinggi untuk menjadikan gambar anda seolah-olah ditangkap oleh juru foto yang hebat.

Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu habiskan ribuan ringgit kerana harga telefon pintar Honor 8x ini hanya RM949 sahaja. Ini fungsi Honor 8x yang akan buat anda terpegun.

1. Dihadiri Dengan Dwi Camera Bahagian Belakang

Telefon pintar Honor 8x dilengkapi dengan dwi kamera bahagian belakang dengan sensor 20MP dan 2MP disokong dengan teknologi AI yang mana ia dapat membuat pengecaman sehingga 22 objek yang berlainan dalam satu gambar yang sama serta memfokuskan sesuatu objek dengan lebih tepat dan on point.

Bagi kamera swafoto pula dilengkapi dengan kamera tunggal 16MP dengan bukaan aperture f/2.0 juga hadir dengan sokongan AI dan Backlight Portrait Selfie. Kamera swafoto yang jelas ini membolehkan gambar anda akan lebih cantik.

2. Teknologi Ai

Jika sebelum ini, anda menggunakan teknologi Ai di laptop, namun kini dengan Honor 8x anda tidak perlu susah-susah lagi cari laptop untuk edit gambar menggunakan Ai.

Kamera telefon pintar Honor 8x ini juga disokong dengan teknologi Ai yang mampu mengesan 500 senario penggambaran didalam 22 kategori dan akan menawarkan tetapan kamera terbaik untuk memastikan gambar yang anda ambil adalah berkualliti tinggi.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan teknologi Ai ini juga gambar anda akan lebih fokus seolah-olah menimbulkan effect ‘hidup’ dalam gambar anda.

3. Ciri Premium Yang Hebat

Anda tidak akan dapat dipasaran harga telefon pintar yang hanya RM949 namun mempunyai kecanggihan peranti kamera yang canggih seperti telefon mahal yang lain.

Peranti kamera pada Honor 8x ini dilengkapi lagi dengan ciri premium yang menarik dan membolehkan gambar mahupun video anda akan lagi cantik hanya dengan menggunakan telefon sahaja.

Teknik seperti Super Slow-Motion dan Super Night Shot akan membantu gambar mahupun video anda akan kelihatan seolah seorang yang profesional kerana gambar yang ditangkap pada waktu malam akan lebih jelas.

4. Ruang Storan Yang Besar

Bila sudah dilengkapi dengan ciri kamera yang awesome pastinya kaki kamera juga mementingkan telefon pintar yang mempunyai storan yang besar untuk menyimpan kesemua gambar OOTD anda bukan.

Jangan risau dengan Honor 8x anda sudah boleh tarik nafas lega kerana bukan sahaja dilengkapi dengan kecanggihan kamera namun Honor 8x juga mempunyai storan memori sehingga 4GB RAM dengan ruangan simpanan sebesar 128GB.

Honor 8x mempunyai 3 slot di mana 2 slot untuk sim card dan 1 slot untuk mikro SD yang menyokong sehingga 400GB.

5. Nisbah Skrin Sebanyak 91%

Sebagai seorang yang gemar mengambil foto OOTD mahupun yang gemar mencipta video, Honor 8x amat sesuai untuk anda kerana paparan skrin penuh IPS LCD yang ada pada telefon pintar ini memudahkan lagi kerja anda.

Paparan skrin akan lebih jelas dengan IPS LCD sebesar 6.5 inci dengan dilengkapi Full HD+ pada nisbah 19:5:9 dan bingkai bawah pula hanya selebar 4.25mm sahaja. Menarik lagi nisbah skrin berbanding keseluruhan bahagian telefon pintar ini adalah sebanyak 91%.

Bukan itu sahaja, rekaan Honor 8x yang menarik ini dilengkap tekstur Aurora Glass pada bahagian belakang yang akan memberi kesan kilauan pada anda.

6. Kekuatan Beteri

Jika sering menggunakan kamera untuk tangkap gambar OOTD anda dan pastinya bukan hanya sekali shot gambar dah awesome. Rata-ratanya akan tangkap lebih pada sekali bukan?

Setiap gambar yang diambil akan membuatkan bateri anda akan cepat habis tambah-tambah lagi bila anda banyak buka aplikasi.

Tapi dengan Honor 8x anda tidak perlu risau kerana ketahanan beterinya sebanyak 3750mAh disamping mempunyai penjimatan bateri yang tersendiri.

7. Dilengkapi GPU Turbo

Honor 8x menjadi telefon pintar pertama Honor yang hadir dengan pemprose Kirin 710 yang membawakan beberapa ciri AI pada harga yang lebih yang berpatutan.

Kirin 710 adalah pemproses yang menggantikan Kirin 695 yang mana prestasi GPU adalah 130% lebih baik manakala prestasi satu teras meningkat sebanyak 75%.

Prestasi Honor 8x adalah sangat mencukupi tanpa sebarang lembapan atau lag ketika pengunaan peranti manakala prestasi gaming Honor 8x juga berada pada tahap yang baik.

Selain itu, Honor 8x juga hadir dengan EMUI 8.2 yang menawarkan pretasi UI yang memuaskan dan mudah pengunaanya.

8. Rekaan Yang Menarik

Bila anda seorang pencipta telefon pintar pastinya anda amat mementingkan warna telefon pintar untuk anda tampil elegan dan lebih bergaya.

Dengan Honor 8x ini anda boleh memilih 3 warna yang bakal buat anda jatuh cinta sekaligus menampilkan diri anda seorang yang bergaya.

Lagi satu! Anda jangan lupa untuk ikuti pameran bergerak Honor untuk rebut peluang membeli telefon pintar Honor 8x. Siap dapat beg eksklusif Honor dan tuala sukan lagi tau.

Menarik lagi, kepada 50 yang terawal membeli Honor 8x semasa pameran tersebut anda layak untuk bawa pulang Honor Band 3, beg eksklusif Honor dan tuala sukan.

Kepada peminat Zizan anda boleh temui Zizan hujung minggu ini (17 Nov) dekat DirectD Digital Mall, Kajang pada jam 1.30 sehingga 4 petang.

Terjah Lazada, Shopee, 11 Street dan Hihonor untuk anda dapatkan Honor 8X merah. Maklumat lanjut layari laman Honor.