fbpx

‘Kaki hiking dan camping’ mesti tersenyum lebar kalau orang cakap pasal aktiviti outdoor ni kan? Asyik dok tengok orang update gambar view hiking dan camping jer mana boleh duduk diam. Cemburu diknon oi.

Macam yang kita sedia maklum, aktiviti trekking atau mendaki bukit dan gunung ni merupakan salah satu aktiviti yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Camping pun sama juga! Best lepak-lepak dengan famili dan kawan-kawan tu. Ye lah dapat juga mengamalkan gaya hidup sihat.

Tak kiralah umur berapa pun kalau dah minat tu memang tiada alasan lagi. Walaupun sekarang ini kita mengharungi hidup dalam norma baharu, but still aktiviti hiking dan camping ini boleh jer dilakukan dalam negeri masing-masing. Tapi make sure anda patuhi SOP yang ditetapkan okay.

Haish, macam dah banyak sangat bebel pula. Jom kita check out tempat hiking dan camping awesome yang anda kena pergi. Memang padu gais!

1. Bukit Broga, Semenyih

Kami pasti anda semua dah biasa dengar tentang Bukit Broga ni. Ia terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih sejauh 4 kilometer menghala ke Broga dan mempunyai ketinggian 400 meter dari paras laut.

Anda boleh pergi, ramai juga cakap kat sini best!

2. Gunung Pulai, Johor

Orang Johor mesti dah kenal sangat dengan Gunung Pulai ni. Kalau anda nak tahu gunung ini memang sangat popular di kalangan orang Singapura dan penduduk setempat.

Ketingggian Gunung Pulai ialah 654m dari paras laut. Orang cakap kepelbagaian flora dan fauna yang da kat sini yang menarik ramai ‘kaki hiking’ datang sini.

3. Bukit Batu Putih, Port Dickson

Haa, kalau anda suka tengok sunrise dan sunset di sinilah tempatnya. Anda juga boleh tengok permandangan laut. Ianya terletak di Hutan Reakresi Tanjuan Tuan. Bayaran masuk RM1 jer.

4. Bukit Panorama, Pahang

Mempunyai ketinggian 291 meter dari aras laut, ia terletak 40 kilometer dari bandar Kuantan. Apa yang uniknya anda perlu panjat 815 anak tangga tau untuk sampai ke sana. Betul extreme!

5. Bukit Beruang, Melaka

Gais, kalau anda datang sini tak perlu guide pun sebabnya ia trek yang jelas dan user-friendly! Ia terletak berhampiran dengan Ayer Keroh dan mempunyai tinggi 116.73 meter.

6. Kopi Hutan, Penang

Kalau anda perasan, Kopi Hutan adalah sebuah kafe di Bukit Bendera. Dah tular pun gais. Tapi walaupun ianya sebuah kafe, jangan tak tahu yer, anda kena hiking juga ke sini! Kalau anda nak lebih extreme lah.

Tapi kalau anda rasa malas, anda boleh jer naiki buggy atau kereta yang berada di Dataran Bukit Bendera secara percuma untuk ke Kopi Hutan ini.

Kafe Kopi Hutan ini menarik kerana terletak di atas bukit yang tinggi dan dikelilingi dengan alam semulajadi pasti buat anda rasa tenang.

7. Setia Alam Community Trail, Selangor

Inilah port hiking yang sesuai untuk anda yang ingin hiking secara santai bersama seisi keluarga.

Lokasi Setia Alam Community Trail terletak di projek pembinaan rumah baru di kawasan Setia Eco-Park berdekatan Petron Setia Taipan. Bagi anda yang tak ada pengalaman hiking, memang sesuai sangat kalau nak datang sini kerana trail mereka tak adalah extreme sangat.

Pun begitu, perlu lah ada pakaian atau peralatan yang sesuai dengan hiking tu.

Benda Penting, Jangan Lupa!

Woot! Amacam gais, awesome ke tak tempat hiking dan camping yang kami tunjukkan tadi di atas tu? Best kan? Tapi anda kena juga beringat, nak pergi ke tempat macam tu bukan main pergi jer..kena juga check list apa yang anda perlu ada dan buat.

Dan yang paling penting adalah pakaian yang sesuai, bagpack, peralatan yang sesuai untuk hiking dan camping dan juga kasut! Haaa. bukan main redah jer tau…jangan tiba-tiba pakai heels pula panjat gunung tu. Mau melecet kaki tu weh.

Kami tahu kat mana yang anda boleh shopping semua benda berkaitan dengan aktiviti luar anda tu. Sports Direct Store lah tempatnya! Mereka akan buat sales gila-gila bermula 29 Mac hingga 18 April 2021 ni gais!

Anda nak cari apa? Semuanya ada gais, dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki, macam-macam jenama ada. Dah tak payah susah-susah pergi banyak tempat. Sebabnya semuanya ada di bawah satu bumbung! Anda boleh check store mereka DI SINI.

Memang sesuai sangat untuk anda nak cari peralatan hiking dan camping kat sini. Sumpah tak rugi sebab anda hanya cari di sini jer gais. Tak payah susah-susahkan diri nak ke 3 atau 4 tempat!

Diskaun Sehingga 30%

Dan apa yang paling menarik, anda boleh dapatkan diskaun tambahan sehingga 30% jika anda membuat pembelian minimum 3 barang outdoor. Padu bhai!

Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan jenama terkenal di dunia untuk mendaki, memanjat, trail running dan berkhemah di Sports Direct untuk jenama Karrimor, Hi-Tec, Gelert, Igloo, Diem dan Dunlop.

Yang menariknya, anda boleh mendapatkan jaket outdoor dari jenama Hi-Tec, mix pula dengan kasut hiking Karrimor dan Gelert Sleeping Bag, barulah lengkap untuk anda melakukan aktiviti luar. Dalam masa yang sama, dapat diskaun 30% tambahan. Tapi, potongan harga tidak sah untuk produk Hero, stokin, Lumi Touch light dan untuk 2 barang.

Beli 1 Percuma 1

Chup, chup! Ada lagi gais…Pakaian dari jenama Campri Thermal sekarang ini pun tengah sales, Beli 1 Percuma 1. Harga bermula dari RM57, anda dah boleh dapatkan 2 helai baju Thermal. Wuuuu…

Memang peluang macam ni yang anda kena grab sangat! Bayaran tawaran menarik dari Sports Direct! Inilah masa terbaik untuk anda lengkapi diri dengan perlengkapan baru. Barulah semangat nak pergi hiking dan camping nanti. Lengkap! Agituww…

Kasut, pakaian dan peralatan semuanya anda boleh dapat di Sports Direct. Make sure bawa rakan-rakan tu pergi shopping sekali okay! Pastikan anda mengikuti rakan anda untuk membeli-belah bersama!

SportsDirect.com! Peruncit pelbagai pakaian sukan dan pelbagai jenama anda dengan harga yang sangat luar biasa. Cepat pergi serbu lekas. Jangan lupa sentiasa patuhi SOP okay! Ingat, promosi bermula 29 Mac hingga 18 April 2021 sahaja.

Weekend ni dah boleh plan nak pergi hiking dan camping kat mana. Tapi make sure pergi dalam negeri anda jer tau. Jangan pandai-pandai pergi rentas negeri semata-mata nak berjimba dengan kawan. Aip!

Untuk info lanjut anda boleh lawati media sosial Sports Direct di bawah:

Facebook: LINK DI SINI.
Instagram: LINK DI SINI.
Website: LINK DI SINI.