Kami ingatkan yang penceraian mereka berakhir secara baik. Ada lagi.
Hari ini Harian Metro melaporkan yang Datuk Sosilawati Lawiya, semalam memfailkan tuntutan RM1.38 juta terhadap bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan Lefthanded, Nash di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
RM1.38 juta itu adalah dana pelaburan terkumpul yang Nash pinjam untuk jaminan masa depan mereka & di’laburkan dalam pelbagai amanah saham termasuk Public Mutual.
Selain itu, Sosilawati juga ada menuntut supaya Nash memberikan maklumat terkini tentang modal yang di’laburkan dalam tempoh 14 hari.
Sebelum ini, Nash ada berjanji untuk membayar jumlah tersebut secara ansuran namun sehingg kini gagal berbuat demikian.
Bukan sedikit duit RM1.38 juta. Kalau maintain lifestyle sederhana, sampai anak cucu pun belun tentu habis makan. Tapi kalau milik orang lain, baik di’pulangkan.