fbpx

Nama pelakon Sophia AlBarakbah menjadi bualan ramai di media sosial apabila terkait dengan kontroversi didakwa tersuka suami orang yang juga pelakon dan penyanyi terkenal.

Memetik Kosmo, pengarah Osman Ali berkata dia tidak tahu menahu tentang hubungan yang wujud antara Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz selepas pendedahan dibuat Bella Astillah baru-baru ini,

BACA: Netizen Minta Sophia AlBarakbah ‘Mengorat’ Kazar 

Menurut Osman yang juga pengarah drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, kedua-dua pelakon itu bekerja secara profesional.

“Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan. Apa yang saya lihat, baik Sophia mahupun Aliff, mereka bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran,” katanya.

Menurut Osman lagi, dia tidak tahu siapa pelakon dimaksudkan Bella yang ‘tersuka’ dengan suaminya dan enggan menuduh siapa-siapa.

“Saya tidak tahu pelakon yang Bella maksudkan itu siapa. Saya tidak mahu menuduh sembarangan, takut jadi fitnah nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Osman berkata kemesraan antara kedua pelakon itu hanya atas dasar kerja demi penghayatan watak masing-masing.

“Saya tidak nampak ada masalah antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri.

“Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja,” katanya.

Sementara itu, Osman turut hairan dengan tuduhan dihadapi Sophia serta menolak dakwaan kontroversi berkenaan untuk meraih publisiti drama.

“Saya hairan dengan berita yang dilaporan. Kami tidak buat publisiti untuk drama ini. Bagi saya, itu satu perkara yang tidak sepatutnya dijadikan bahan cerita sebab boleh merosakkan reputasi pelakon.

“Jadi tidak adil bagi mereka kerana masing-masing sedang bekerja. Mereka suka hanya dalam lakonan sahaja. Saya tidak nampak antara Sophia dan juga Aliff, mereka ada hubungan peribadi. Memang tidak ada. Jadi saya harap cerita ini dihentikan,” katanya.