fbpx

Netizen Minta Sophia AlBarakbah ‘Mengorat’ Kazar 

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya mengakui menyukai Aliff Aziz.

Susulan pendedahan tersebut, akaun Instagram pelakon Sophia AlBarakbah diserang netizen kerana didakwa sebagai ‘wanita penyondol’ dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

BACA: IG Sophia AlBarakbah Diserang Netizen

Malah, media sosial aktres jelita itu turut menjadi perhatian ramai. Menerusi ruangan komen video dikongsikan Sophia, netizen berseloroh meminta aktres itu ‘try’ bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi.

Turut menjadi perhatian apabila ada yang bergurau supaya Sophia memikat suami kepada Puteri Sarah dan Ira Kazar iaitu Syamsul Yusof.

Sebelum ini di Instagram, rata-rata netizen memberikan pesanan buat Sophia supaya tidak mengganggu suami orang. Malah, ada yang meninggalkan komen pedas meminta tidak menjadi ‘penyondol’.