Sophia Albarakbah Tak Sorok Teman Lelaki Lagi
Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah tidak lagi menyorok status hubungannya dengan teman lelakinya dikenali sebagai Mr Doctor.
Memetik BH Online, Sophia berkata dia terbuka jika teman lelakinya itu mahu menemani dirinya menghadiri ke mana-mana acara hiburan.
BACA: Sophia AlBarakbah Akui Emosi Kacau Bilau Digelar Penyondol
“Sebenarnya, saya serahkan kepada teman lelaki. Kalau selesa, dia boleh temani saya. Jika tidak, tak mengapa jika enggan ikut. Saya biarkan teman lelaki membuat keputusan,” katanya.
Ditanya sama ada kekasihnya itu bersedia untuk berdepan dengan orang ramai, Sophia berkata dia tidak bimbang kerana Mr Doctor seorang yang tenang.
“Dia okay dan seorang yang tenang. Sepanjang kontroversi yang berlaku sebelum ini, teman lelaki kekal tenang. Dia lebih memikirkan soal pesakitnya daripada perkara lain,” katanya
- SUMBER
- bh Online
Aku rasa ramai yg rasa mcm aku rasa terhadap lelaki ini. Kesian dia. Kita simpan sendiri je lah
Apa sangkaan kau tu r rifjhj? Ko ingat mcm citer novel tu ke. Biarlah dia happy dgn Mr Doctor dia. Kalo dia baik dgn aktor tu jd lain pulak. Korang nak dia buat apa.