fbpx

Sophia Albarakbah Suka Lelaki Bijak, Pentingkan Keluarga

Umum mengetahui, hubungan cinta antara pelakon jelita Sophia Albarakbah dengan teman lelakinyang yang dikenali sebagai Mr Doktor sudah pun terlerai selepas dua tahun.

Memetik Ohmymedia, Sophia berkongsikan ciri lelaki idamannya iaitu seorang yang baik, bertanggungjawab serta memahami kerjayanya sebagai pelakon.

BACA: “Sangat Susah Jadi Sophia, Duduk Bernafas Pun Orang Mengata”

“Saya suka lelaki yang bertanggungjawab, boleh jaga saya, bijak, memahami terutama dalam pekerjaan saya sebagai seorang pelakon dan seorang yang mementingkan keluarga,” katanya.

Mengulas mengenai kehadirannya ke konsert Gegar Vaganza, Sophia berkata dia hadir atas jemputan sepupu, Aisha Retno dan tidak kisah untuk kembali menonton konsert berkenaan di masa hadapan.

Kata Sophia lagi, ia bukanlah isu untuk menonton mana-mana program hanya kerana peserta yang bertanding.

“Saya bebas untuk pergi mana-mana yang saya nak dan GV 10 merupakan pertandingan menyanyi. Lagipun saya cuma datang untuk sokong Aisha yang buat persembahan dalam GV Live +,” katanya.