Pelakon jelita Sophia Albarakbah berkata dia sentasa berharap agar dia digandingkan dengan orang bujang berbanding pelakon lelaki yang sudah berkahwin.
Memetik Harian Metro, Sophia berkata dia penat untuk menjaga hati pihak lain dan berusaha untuk mengelak daripada bergandingan dengan pelakon lelaki bergelar suami orang.
BACA: Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Balik Lepas Aliff Buat Persembahan
“Kalau boleh, saya tidak mahu berganding dengan pelakon lelaki yang sudah kahwin supaya orang tidak beranggapan buruk terhadap saya. Saya harap sangat saya digandingkan dengan orang bujang,” katanya.
Sementara itu, Sophia menafikan dirinya seorang penyondol atau mengganggu rumah tangga orang lain kerana dia tidak menyondol sesiapa.
“Saya tak ‘sondol’ sesiapa ya. Buka kamus dan baca maksud ‘penyondol’ itu apa,” katanya.
Dalam pada itu, Sophia juga hairan mengapa dia sering dipersalakan sedangkan dia hanya fokus dengan kerjanya sahaja. Malah, apa saja yang dilakukannya pasti orang akan mengata.
“Orang lain selalu salahkan saya. Kenapa nak salahkan saya? Saya tidak pernah nak mulakan apa-apa dulu. Saya hanya fokus bekerja.
“Sangat susah jadi Sophia. Tak buat apa-apa, duduk bernafas pun orang mengata. Kenapa dia duduk macam tu? Kenapa dia minum air macam tu?,” katanya.