fbpx

Sophia Albarakbah ‘Penat’ Nak Berlakon  Dengan Suami Orang

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah akui penat untuk bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang kerana enggan ada tanggapan buruk terhadapnya.

Memetik Harian Metro, Sophia berkata dia berharap agar dia hanya digandingkan dengan pelakon bujang serta akui penat untuk menjaga hati pihak lain.

BACA: Sophia Albarakbah Suka Lelaki Bijak, Pentingkan Keluarga

Kalau boleh, saya tidak mahu berganding dengan pelakon lelaki yang sudah kahwin supaya orang tidak beranggapan buruk terhadap saya. Saya harap sangat saya digandingkan dengan orang bujang,” katanya.

Sementara itu, Sophia menafikan dirinya seorang penyondol atau mengganggu rumah tangga orang lain kerana dia tidak menyondol sesiapa.

“Saya tak ‘sondol’ sesiapa ya. Buka kamus dan baca maksud ‘penyondol’ itu apa,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia juga hairan mengapa dia sering dipersalakan sedangkan dia hanya fokus dengan kerjanya sahaja. Malah, apa saja yang dilakukannya pasti orang akan mengata.

“Orang lain selalu salahkan saya. Kenapa nak salahkan saya? Saya tidak pernah nak mulakan apa-apa dulu. Saya hanya fokus bekerja.

“Sangat susah jadi Sophia. Tak buat apa-apa, duduk bernafas pun orang mengata. Kenapa dia duduk macam tu? Kenapa dia minum air macam tu?,” katanya.