fbpx

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Sophia Albarakbah menjadi perhatian meluahkan rasa kesal apabila namanya dikaitkan sebagai penyondol rumah tangga selebriti terkenal.

Menerusi entri di Instagram itu, Sophia menegaskan dia sama sekali tidak terlibat dengan isu penyondol rumah tangga pasangan tersebut.

BACA: Sophia Albarakbah Pakai Bikini, Berlari Tepi Pantai Nampak Punggung

Sophia turut meminta kepada netizen supaya tidak tidak lagi mengaitkan namanya kerana dia langsung tidak bersalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

“Saya biasanya tidak melatah di media sosial, tetapi ada sesuatu yang perlu saya luahkan. Kepada semua yang menyebut dan mengaitkan saya dengan urusan rumah tangga pasangan selebriti terkenal, tolonglah, bukan saya, cukup-cukupla salahkan saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sophia berkata dia tidak mahu lagi mendengar khabar angin tidak benar melibatkan dirinya.

“Saya tidak mahu mendengar sebarang khabar angin yang melibatkan saya, kerana ia jelas bukan saya! Terima kasih,” tulisnya.