fbpx

Sony Akan Terbitkan Michael Jackson: The Movie Sebelum 2010

Sony Pictures di’khabarkan berada dalam fasa perbincangan terakhir untuk menerbitkan sebuah filem bertemakan kehidupan Michael Jackson.

Filem tersebut yang masih belum mempunyai tajuk akan mengandungi sebahagian dari rakaman 80 jam latihan konsert ‘This Is It’.

Sony juga di’khabarkan membayar sejumlah USD$50 juta kepada AEG Entertainment yang memiliki hak ke’atas video terbabit.

Jurucakap berkata filem ini akan turut mengandungi sebuah video versi baru untuk Thriller yang di’rancang untuk ditayangkan ketika konsert Michael Jackson.

Fox, Universal, Paramount dan Relativity Media juga berminat untuk menerbitkan filem ini tetapi hak menjadi milik Sony kerana kebanyakan lagu Michael Jackson di’pegang oleh pihak Sony.

Kenny Ortega (High School Musical 3: Senior Year) akan mengarahkan filem ini dan akan terbit sebelum 2010 mengikut perancangan.