“Songlap Duit Tak Masuk Akal, Tak Boleh Beli Kancil Pun”

Baru-baru ini nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia didakwa menipu serta enggan memulangkan wang yang dipinjam daripada seorang usahawan muda.

Tidak mahu spekulasi liar mengenai dirinya terus diperkatakan netizen, Aliff tampil menjelaskan tentang isu tersebut menerusi Instagramnya.

BACA: Aliff Aziz Didakwa Menipu, Songlap Duit Usahawan Muda?

Aliff menyifatkan isu kononnya dia tidak menepati janji selepas meminjam wang dari seorang usahawan sebagai salah faham dan tidak masuk akal. Katanya lagi, dakwaan tersebut dilihat seperti tindakan terdesak apatah lagi wang yang dikatakan dipinjam itu adalah jumlah yang kecil.

Katanya lagi, dia meminta agar orang di luar sana tidak membuat spekulasi sendiri tanpa mengetahui cerita atau situasi dari kedua-dua belah pihak. Aliff turut memberitahu, ia tuduhan tidak masuk akal jika dia ingin songlap wang RM1,500 kerana jumlah tersebut tidak boleh membeli sebuah kereta kancil.

Terdahulu, seorang usahawan yang dikenali sebagai Rashidi Ramli mendakwa Aliff menghubunginya beberapa kali untuk meminjam wang daripadanya dan berjanji akan mempromosikan produk wangiannya dalam tempoh lapan minggu.

Namun, Aliff dikatakan tidak menunaikan janjinya malah didakwa bertindak memutarbelit kenyataan yang pernah dibuat olehnya sebelum ini.

Bagaimanapun, buat masa ini Aliff meminta untuk diberikan ruang bagi menyelesaikan perkara berkenaan dan akan menjelaskan mengenai isu tersebut apabila tiba masanya nanti.

×