fbpx

Aliff Aziz Didakwa Menipu, Songlap Duit Usahawan Muda?

Selepas kontroversi yang melanda tahun lalu, nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia didakwa menipu serta enggan memulangkan wang yang dipinjam daripada seorang usahawan muda.

Menerusi kenyataan di Facebook dari usahawan tersebut yang dikenali sebagai Rashidi Ramli, dia mendakwa Aliff menghubunginya beberapa kali untuk meminjam wang daripadanya dan berjanji akan mempromosikan produk wangiannya dalam tempoh lapan minggu.

BACA: Video Isteri Bersalin, Netizen Persoal Aliff Aziz Tidak Dikecam

Menurut Rashidi, selepas didesak banyak kali, dia meminjamkan ribuan ringgit berikutan tawaran dan janji manis yang dibuat oleh Aliff untuk menaikkan perniagaannya.

Namun, Aliff dikatakan tidak menunaikan janjinya malah bertindak memutarbelit kenyataan yang pernah dibuat olehnya sebelum ini. Dakwaan tersebut bukan hanya sekadar cakap kosong, turut disertakan perbualannya bersama pelakon itu di WhatsApp.

Menurutnya lagi,  beberapa orang rakannya termasuk pihak pengurus acara turut menjadi mangsa penipuan Aliff. Katanya, Aliff pernah dijemput sebagai artis jemputan, namun dia membatalkannya di saat akhir sehingga menyebabkan pihak pengurusan acara itu megalami kerugian.

Adakah benar dakwaan tersebut? Diharap Aliff Aziz akan tampil memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai isu ini.