Hangat diperkatakan mengenai isu penyondol dalam kalangan selebriti, pelakon Datuk Adi Putra berkata dia tidak terkejut dengan perkara itu serta mendakwa ianya telah berlaku sejak lama dahulu.
Memetik Kosmo, Adi berkata zaman sekarang berbeza kerana berita tersebut cepat tersebar di media sosial dan menjadi buah mulut orang ramai.
BACA: Adi Putra Sahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
“Saya rasa isu penyondol dan sondol menyondol di set penggambaran bukan baru berlaku, semua orang pun tahu sejak azali lagi sudah wujud isu seperti itu.
“Cuma bezanya dalam era media sosial ini, maklumat tersebar dengan lebih cepat berbanding zaman dahulu, jadi senanglah orang ramai dapat tahu dan bercakap tentang itu. Memang saya tidak terkejut sebab pada saya, itulah realiti hakikat dunia seni kita,” katanya.
Sementara itu, Adi Putra enggan masuk campur urusan peribadi orang lain apabila diminta mengulas mengenai kontroversi terpalit pelakon Aliff Aziz serta merasakan dia tidak berhak memberikan pendapat.
“Saya tiada komen sebab masing-masing ada pilihan dan pandangan berbeza, hanya tuan punya badan sahaja yang tahu. Saya tidak boleh menilai, hanya satu yang boleh menilai (Allah SWT) tapi satu perkara boleh saya cakap, bersempena bulan Ramadan ini, menutup aib lebih afdal.
“Saya sendiri pernah ditohmah suatu ketika dahulu. Jadi tohmahan ini kena ambil dari sudut positif. Pegang pada prinsip bahawa bumi ini bukan kita punya tapi milik Allah,” katanya.
SUMBER: Kosmo