fbpx

“Solat Tak Khusyuk, Ada Suara Sangat Kuat Dalam Kepala”

Baru-baru ini, pelakon Janna Nick mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap penyakit bipolar. Janna berkata dia masih lagi menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa.

Menurut Janna, dia menyedari menghidap bipolar apabila sering tidak khusyuk ketika solat menunaikan solat kerana terganggu dengan ‘suara’ dalam kepala yang sangat kuat.

BACA:Pakai Baju Nampak Perut, Netizen Tegur Janna Nick

“Solat pun susah khusyuk dan fokus sebab ada suara yang sangat kuat dalam kepala saya. Saya jadi tidak fokus sehingga saya tidak lagi mampu untuk tanganinya.

“Bila saya sudah tidak boleh kawal keadaan, itu yang menyebabkan saya berjumpa dengan doktor dan saya disahkan menghidap bipolar,” katanya.

Dalam pada itu, Janna berkata masalah bipolar yang dialaminya bertambah teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila terpaksa menangguhkan kerja sehingga menjadi banyak.

“Sampai satu tahap sehingga saya tidak ada masa rehat untuk diri sendiri dan menjadi terlalu penat,” katanya.

Kata Janna lagi, dia masih dalam proses untuk mencari ubat yang sesuai untuk mengatasi masalah bipolar yang dialaminya dan sudah empat kali menukar ubat.

“Sudah empat kali saya tukar ubat. Kerja saya sebagai pelakon memerlukan saya bermain dengan emosi yang sangat maksimum.

“Kalau sedih kena betul-betul sedih. Kalau marah saya kena jadi seorang pemarah. Tapi kalau saya ambil ubat, saya akan jadi tenang,” katanya.