fbpx

“Solat Ingat Tuhan, Bukan Ingat Nak Rakam Untuk Instagram”

Kalau sudah namanya selebriti, apa sahaja yang dilakukan mesti menjadi perhatian lebih lebih lagi perkara berkaitan amalan harian dengan Tuhan. Awal Ashaari menjadi mansa terbaru kecaman ramai hari ini.

Pelakon dan pengacara Awal Ashaari baru baru ini memuatnaik sebuah vidoe menunjukkan dirinya sedang menunaikan solat di Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi dan tindakan beliau itu menerima kecaman ramai.

Ramai peminat meninggalkan komen mengatakan yang solat Awal Ashaari tidak sah kerana dahinya tertutup dan tidak menyentuh lantai ketika bersujud selain tindakan beliau mengenakan cermin mata hitam ketika bersolat.

“Aduh Awal (Ashaari) oi, masa solat ingat Tuhan. Bukan ingat nak rakam masuk Instagram. NAnti Allah bagi pahala lebih ni, sebab bergaya masa solat”

“Tak boleh solat macam tu, jangan tutup segala yang ada di wajah untuk kita bersujud dan menghadap kiblat. Solat kerana Allah bukan untuk suka suka”

“Perlu ke tunjuk solat dalam Instagram ni? Dunia akhir zaman,” antara komen yang ditinggalkan peminat selepas video itu dimuatnaik.

Kami pun bukanlah ahli agama atau sesiapa untuk menentukan solat Awal Ashaari itu sah atau tidak — cuma perlu ada adab menghadap Tuhan. Jika boleh juga solat ini perkara peribadi yang rasanya tidak perlu dikongsi. (rtky/m)