fbpx

Sokong Palestin, Pengikut Sarimah Ibrahim Turun Mendadak

Berkongsikan mengenai penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin, penyanyi dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan jumlah pengikutnya di media sosial turun mendadak.

Perkara itu maklumkan oleh Sarimah menerusi satu perkongsian di laman Twitter. Katanya lagi, sedar jumlah pengikutnya semakin berkurang, namun dia tidak merasa pelik dengan perkara itu.

BACA: Sarimah Ibrahim Tak Sangka Bakal Jadi Ibu Usia 41 Tahun

“Saya melihat pengikut media sosial saya dalam Twitter menurun dari hari ke hari. Saya tahu itu kerana sokongan tidak berbelah bahagi saya terhadap kemanusiaan, untuk orang yang tidak bersalah mati di Palestin,” tulisnya.

Perkongsian Sarimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat serta berharap penyanyi itu tidak berputus asa untuk berkongsikan mengenai kekejaman rejim zionis itu.

Terdahulu, pelakon Sweet Qismina turut berdepan perkara sama apabila pengikutnya di Instagram semakin berkurang. Namun, Sweet berkata ia mematahkan semangatnya untuk terus brkongsikan situasi berlaku di Palestin.