fbpx

Sarimah Ibrahim Tak Sangka Bakal Jadi Ibu Usia 41 Tahun

Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Tunku Nadzimuddin, akhirnya pelakon Sarimah Ibrahim mengumumkan perkhabaran gembira dimana beliau kini hamil anak sulung.

Menerusi Instagram, Sarimah turut memuat naik gambar imbasan ultra bunyi berserta dengan ucapan syukur diatas kurniaan yang diberikan. Sarimah turut berkongsikan kandungannya sudah mencecah usia empat bulan.

“Alhamdulillah, ini adalah kejutan paling mengagumkan yang diberikan pada kami pada akhir tahun lalu.

“Sedang kami bersedia untuk pergi bercuti, kami mendapat tahu bakal menimang cahaya mata. Ya kami bakal menimang cahaya mata!

“Kandungan saya sudah memasuki bulan keempat. Saya tidak percaya akan mejadi seorang ibu pada usia 41 tahun,” katanya.

Sarimah dan Tunku Nadzimuddin mendirikan rumah tanggap pada 2 April 2015. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini diatas kehamilan pertama ini.