fbpx

Sobri Beraksi Sendiri, Bob Kuman Masuk Ke Hospital Selepas Jatuh Tandas

Berita sedih buat peminat Bawal Power ketika berlangsung’nya Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu ke 4 malam tadi.

Ketika giliran Bawal Power beraksi, AC Mizal selaku pengacara mengumumkan yang kumpulan ini akan tampil solo kerana Bob Kuman telah di’masukkan ke hospital akibat cedera jatuh tandas.

Kemunculan Sobri tidak mengecewakan walaupun menurut beliau yang kami temui selepas siaran langsung berkata semua idea dan aksi yang di’lontarkan adalah spontan ketika itu.

Menurut Sobri, beliau menerima panggilan telefon mengatakan Bob Kuman telah di’masukkan ke Hospital Tawakkal selepas jatuh dalam tandas selepas solat Jumaat tadi.

Sobri turut memberitahu yang kecederaan Bob Kuman agak serius kerana beliau tidak sedarkan diri selepas jatuh & di’khabarkan menerima jahitan di’muka akibat cedera ‘menyembah’ mangkuk tandas.

Kami doakan yang terbaik buat Bob Kuman dan semoga beliau cepat sembuh untuk meneruskan perjuangan hidup secara am & dalam persaingan Maharaja Lawak Mega. SMS ML20 BP ke 32999.