fbpx

Soal Jodoh, Fara Fauzana Ikut Perancangan Allah

Hos baru program Muzik Muzik, Fara Fauzana menjelaskan dia kini hanya mengikut perancangan Allah mengenai jodohnya. Dia yang ditemui kelmarin memberitahu setiap tahun dia berusaha dan berdoa agar ditemukan jodoh tetapi itu semua ketentuan sebagai manusia dia hanya mampu untuk terus berusaha, dan berdoa.

“Setiap tahun saya berusaha bukan kata berserah sahaja dan berdoa. Kita harap menjadi sahaja. Sekarang ini setiap apa yang berlaku adalah perancangan Allah S.W.T dan kalau bukan seseorang itu disatukan untuk orang mungkin sudah ditentukan untuk menjaga ibubapa sehingga mati”

BACA: Fara Fauzana Ganti Scha al-Yahya Sebagai Pengacara Baru Muzik Muzik 30

“Bila saya dengar benda itu saya gembira dan tak kisah. Sebab orang macam saya tak perlu rasa rendah diri, kalau bukan kau untuk orang lelaki atau perempuan, kau adalah untuk keluarga sehinggalah mati,” katanya.

Fara turut mendedahkan bahawa ada juga yang cuba mendekati dan mahu berkawan dengannya tetapi kesibukan kerja membataskan masa untuk keluar ber’dating.

“Ada yang mendekati, berkawan tetapi bila kita sibuk kerja dia pula cuti jadi halangan untuk jumpa dan begitu juga apabila saya tak bekerja dia pula bekerja,” tambahnya lagi. (rtky/hfz)