fbpx

Snek Pilihan Ini Pasti Menjadi Kenangan Anak Anda Suatu Hari Nanti

Jika mengimbau kembali zaman 90-an, pasti ramai yang masih ingat lagi dengan snek kegemaran anda. Masa tu boleh dikatakan semua kanak-kanak ‘hantu snek’.

Sebut je jenama Snek Ku, mesti ramai yang tahu snek terkenal mereka iaitu MI MI, TAM TAM, KEN dan PICKFINE. Sampai sekarang memang masih mencari lagi. Tapi kalau tanya budak sekarang, ramai yang tak tahu semua snek ini.

Tetapi, snek dari Snek Ku Shoyuemi ini pasti akan menjadi kenangan kanak-kanak sekarang satu hari nanti. Ramai budak-budak sukakan snek ini. Rasanya, kalau dah sedap macam ni, jangan cakap budak-budak, mak bapak budak pun suka!

Kenapa anda kena cuba Snek Ku Shoyuemi ini? Sebab rasa snek ini memang lain dari yang lain. Sekali makan memang tak boleh berhenti. Kami bagi 3 sebab kenapa anda perlu dapatkan  Snek Ku Shoyuemi sekarang juga!

1. Ada 4 pilihan perisa lazat. Semuanya sedap-sedap!

Ada 4 perisa yang lazat, memang rambang nak pilih mana satu nak makan.  Yang warna hijau perisa Original, merah sudah tentu Spicy, hitam Black Pepper dan warna biru perisa Seaweed. Rasanya sedap ke? Semestinya memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

2. Ada dalam pek besar & parti pek, boleh kongsi ramai-ramai

Snek Ku Shoyuemi ada dalam pek besar dan parti pek memang seronok dinikmati ketika lepak bersama keluarga. Barulah lebih erat hubungan kekeluargaan. Kalau buat parti hari jadi boleh dihidangkan kepada tetamu. Mesti budak-budak tak nak balik dan nak minta lagi Snek Ku Shoyuemi.

Hari Raya hampir tiba, boleh juga dihidangkan kepada tetamu yang berkungjung ke rumah nanti. Tak payah pening-pening mana nak cari kerepek, gantikan je dengan Snek Ku Shoyuemi. Mesti tetamu anda juga sukakannya.

3. Bentuk snek yang menarik, baru rasa seronok nak makan

Paling menarik bentuk snek tersebut yang lain dari yang lain. Ada yang lebar, sederhana lebar dan kurus-kurus je bentuknya. Memang seronok nak makan.

Apa lagi, cepat cari di pasaraya berdekatan. Pastikan anda cuba semua perisa Snek Ku Shoyuemi. Sekali makan memang nak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari SINI.