fbpx

Perkongsian pempengaruh media sosial Marissa Dania menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama madunya, Misya Mazlan sekaligus memberi bayangan hubungan mereka dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, selepas gambar tersebut tular, Misya pula dilihat memuat naik kenyataan memberitahu gambar tersebut diambil sebelum kisah mereka tular dimana ketika itu mereka sudah berdamai dan berbaik.

BACA: Misya Sahkan Masih Isteri Aslam, Sambut Raya Bersama-Sama

Misya berkata lagi, selepas kisah mereka tular keadaan berubah dan berlaku sedikit perbalahan serta masing-masing memilih membuat hal sendiri.

Dalam pada itu, Misya berkata sebelum ini dia ada menekankan mengenai isu jenama pakai yang mengambil mereka sebagai model tanpa pengetahuannya.

Katanya lagi, pihak jenama tersebut seolah tidak menjaga sensitiviti semua pihak apatah lagi situasi dihadapi mereka ketika itu.

Sementara itu, Misya beranggapan Marissa mahu berbaik susulan memuat naik video berkenaan tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu atau mungkin madunya rasa rindu.

Pada Jumaat lalu, Misya dilihat ada memuat naik gambar bersama Aslam sekaligus mengesahkan mereka masih lagi suami isteri serta menyambut raya bersama-sama.