Siti Sarah Syukur Siasatan SPRM Terhadap Shuib Berjalan Lancar
Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara berkaitan pengubahan wang haram.
Menerusi kemaskini di Instagram sebentar tadi, Siti Sarah meluahkan rasa syukur proses siasatan berjalan dengan lancar serta dia dan suami telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
BACA: Shuib, Siti Sarah Disyaki Terlibat Urusan Wang Haram
“Alhamdulillah syukur kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengurus pasangan itu iaitu Nana Mohamad Rom dalam satu kenyataan media memberitahu Sarah hadir hanya untuk menemani suaminya dan tidak terlibat dalam siasatan tersebut.
“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut untuk tidak menganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.
“Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM dan Sarah hanya menemani suaminya sahaja. Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Bersederhana lah dlm apa jua keadaan. Dah mcm terbawak-bawak flex harta benda, kerera, duit… Allah dah jentik tu. Masih x sedar?
ikut resmi padi. makin berisi makin tunduk…. pepatah melayu ada guna nya wei over sgt korang laki bini.
pengajaran pd selebriti dan sosial media influenzer semua…nk bangun 4 pagi showoff ler lagi ..ada mata2 memerhati tu lol
Kes cuci duit …sapo tu sis ?!
Level kayangan ni persis kak Ros :))
Cuci duit ni duit haram convert buat aktiviti bisnes yg halal
Baru nak isytihar jutawan…. Opppssss ..gang diaorg gak la mungkin repot artis2 msia mmg x suka satu sama lain… industri yg penuh kepura-puraan!!!!
Kurangkan menunjuk2 kekayaan…org x tau lagi baik…
ada duit biar org x tahu..tenang hidup Zz bodo!
Senyomm pakse
K.baaii
Kes tokey besar beri artis2 pinjaman wang modal utk start perniagaan. Duit drp sumber yg mungkin meragukan. Ubah wang haram jadi halal gitu.