fbpx

Siti Nurhaliza Teringin Jual Kuih Depan Rumah

Kerana rindukan pengalaman menjual kuih pada zaman remaja dahulu, Datuk Siti Nurhaliza pernah terfikir untuk membuka gerai menjual kuih di hadapan rumahnya di Ampang sempena bulan Ramadhan ini. Tambahnya, perasaan itu timbu kerana dulu beliau bersama adik beradiknya pernah berniaga kuih di bazar Ramadhan.

BACA: “Tidak Salah Kongsi Rezeki Dengan Pereka Fesyen Lain”

“Tidak dinafikan sesekali datang perasaan rindu nak berniaga seperti dulu apatah lagi pembantu rumah saya sememangnya pakar memasak dan berkebolehan membuat kuih-muih. Perkara ini membuatkan hati saya beberapa kali terdetik nak membuka sebuah gerai kecil-kecilan menjual kuih-muih di depan rumah sekarang ini”

“Tetapi tidak pula saya suarakan hasrat itu kepada suami, sekadar terniat di hati sendiri. Namun begitu dengan kesibukan kerjaya saya sebagai penyanyi, hasrat itu terpaksa dipendamkan sahaja,” katanya kepada m Star Online berikutan keinginan beliau yang ingin membuka gerai menjual kuih-muih pada bulan Ramadhan ini.

Dengan itu bagi melepaskan kerinduan yang ada, Siti kerap berkunjung ke bazar Ramadhan untuk mencari kuih-muih. Walaupun ia dianggap terapi namun katanya, beliau terpaksa membataskan keinginannya itu kerana mudah timbul rasa kesian serta serba salah apabila ramai peniaga mula memanggilnya untuk membeli juadah di gerai mereka.

Menurut Siti, beliau memahami perasaan perniaga yang mengharapkan pengunjung membeli di gerai mereka kerana beliau juga pernah berniaga suatu ketika dahulu. Jadi jika berkunjung ke bazar, Siti lebih selesa untuk tunggu di kereta sahaja atau sesekali membuka tingkap menegur orang tua yang sedang berniaga di situ. (rkty/w)