Tanda Hormat, Siti Nurhaliza PIlih Berdiam Diri
Baru-baru ini kecoh seketika apabila Shila Amzah mendakwa Siti Nurhaliza sebagai ‘No Brainer’ sehingga mencetuskan perbalahan diantara peminat mereka. Menurut PA Siti, Rozi Abdul Razak, pihaknya memilih untuk berdiam diri.
BACA: Shila Amzah Biadap Dengan Dato’ Siti Nurhaliza?

Bagi Rozi, pihaknya tidak mahu melatah dengan situasi yang berlaku biarpun peminat masing-masing terkesan dengan dakwaan yang dilemparkan. Jelas Rozi lagi, tiada isitila penyanyi nombor satu, hanya sikap hormat-menghormati.
Dikala Siti memilih untuk tidak memanjangkan perkara ini, Shila terlebih dahulu membalas komen-komen pedas peminat yang menyerangnya di Twitter. Namun memohon maaf tidak lama kemudian di laman sosial tersebut.
Bagaimanapun masih ramai tidak berpuas hati dengan permohonan maaf Shila, dan meminta penyanyi yang popular di negara China itu memohon maaf secara terbuka kepada Siti selepas kenyataannya tempoh hari.
Terdahulu Shila menyuarakan tidak puas hati dengan komen yang dilontarkan Siti pada peserta terbabit yang menyanyikan lagu Korea. Pendapat Shila bagaimanapun menyimpulkan komen Siti sebagai No Brainer. (rtky/w)
- SUMBER
- Beautiful Nara
Betul la tu semua org ada pendapat dan pandangan masing2. Jd x payah nk pnjng2 kan benda remeh temeh ni mcm boleh buat kita susah cari mkn ke apa.
takut benor ker nak sebut nama dia, sebut subjek, hahahahaa.
bye
Subjek tu merujuk kepasa Dato’ Siti, dik:) bukan si poyo shila hamzah tu ahahhahaa
Teringat pulak Mia Ahmad pernah kata silent is golden dan Mia Ahmad lagi cantik dari Shila Amzah.