fbpx

Siti Nurhaliza Selamat Jalani Pembedahan IVF Anak Kedua

Selesai sudah kejutan di malam Anugerah Juara Lagu (AJL), Datuk Siti Nurhaliza memaklumkan beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil di sebuah hospital swasta untuk hamil cahaya mata kedua pula.

BACA: Siti Nurhaliza Buat Kejutan Di AJL34, Peminat Marah Mic Tak Berfungsi

Menurut Siti, prosedur berkenaan harus dilakukan kerana beliau menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kandungan pertama sebelum ini.

“Pagi tadi (Isnin), Siti menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah Siti lakukan sebelum ini,” katanya.

Menerusi Instastory terbaru penyanyi itu, Siti memaklumkan kesan dari pembedahan kecil itu membuatkan beliau harus berehat sahaja di katil dan tidak boleh banyak bergerak. Semoga dipermudahkan urusan buat Siti! (rtky/w)