Siti Nurhaliza Buat Kejutan Di AJL34, Peminat Marah Mic Tak Berfungsi
Sudah beberapa tahun tidak bertanding, kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membuat kejutan di pentas Anugerah Juara lagu malam tadi menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof ternyata menggamatkan suasana dan mendapat sorakan ramai.
Rata-rata peminat penyanyi nombor satu negara itu teruja dengan kejutan tersebut dan akhirnya dapat melepaskan rindu melihat Siti di atas pentas besar itu serta mengimbau kembali nostalgia ketika beliau bertanding.
BACA: Sumpah Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34)
Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa marah dan tidak puas hati apabila mikrofon Siti tidak berfungsi sewaktu memulakan nyanyian. Rata-rata netizen berpendapat kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku kerana AJL merupakan pentas berprestij.
Terdahulu, Tok Ti tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana yang bersiaran secara langsung. Malah, sebelum ini beliau dilaporkan masih belum membuat keputusan untuk muncul di AJL34.
Ak setuju dgn juri pilih vokal hafiz.. Sbb x perlu menjerit utk dpt menang vokal.. Cukup dgn bagi kemerduan pada lagu..
Bob pn smooth je vokal smlm.. Klu etnik kreatif ni sesuai dgn bob
Tq.. Tokti memeriahkn ajl
Masalah teknikal perkara biasa. Netizen pn chill la
Actually mic Datuk Siti working je.. Cuma first few words mcm tenggelam.. Semalam heran gak baca komen kat YouTube, mic problem la, sabotage la… rupanya bila aku tgk sendiri pagi ni kat YouTube (versi yg sama disiarkan di tv semalam), agak panjang jugak time kononnya mic problem tu.. Patut la korang maki hamun.. Aku duduk live di Bukit Jalil, mic function.. Cuma beberapa bait lirik time Datuk Siti masuk tu je bunyi mcm slow sangat… Cuba check balik YouTube tv3.. Rasanya sekitar sejam lepas diorang dah upload proper version untuk performance Anta Permana.. Diorang guna audio dari soundboard dalam Axiata Arena tu instead of audio dari live streaming semalam..
Mic pun terperanjat ctdk buat surprise gitu. Tapi aku dah agak ct buat gini. Ada markah tambahan utk bob? Spoiler ada lah.
Ernie Zakri is robbed. :((((
Bob is robbed.
Drama Band is robbed…. I like Kak Semah quote added to the song.
“Can I advice you something?? ”
That alone should be a winner + surprise factor.
Drama band too much drama.. dh jd mcm stage show kat fun fair kampung